Wednesday, July 22, 2009

bonda

Mengapa kanta ini masih berkacaSedangku telah pun terima di dalam redhaSegala kepahitanPengalaman menjadi penawarMengejar impi ke pintu SyurgaDuhai bondaBilakah akan ku kecapi kasturiPenebus maruahDan semangat lamaMengapa sinar neon dan gedung indahKotaraya yang menjanjikan sejuta rasaSejuta harumanKini menjadi penjara jiwaKu yang merindukan ketenanganDuhai bondaHari-hariku kini berlaluBagaikan bahteraTanpa layar dan kemudiBondaAkhirnya terbongkar jua rahsiaTangisan dan gurindamKeramat kasih sayangmuBondaSaat dan pertemuan semulaKita kali iniAkan ku abadikanKeramat kasih sayangmuOh! bondabonda

AKAR KITA

Akar kitaAkar kitaHarus menjalar dalam dan jauhBicara sang pohon keramat tuaKalau mahu matahariMenimbah karunianyaLangit tinggi lagi jelas pandanganMudah baca cabaran mendatangMudah buat perkiraanMatang dan tepat kesasaran(Hujan tak datang)(Langit kontang)Hati tak resah atau rasa gundahBila jejari membenam ke mata airItulah pesanan LokmanPada putranya di waktu duhaDia pergi mencari suara emasAkar kitaAkar kita

ADUHAI KASIH ADUHAI

Aduhai Biar malam mentertawakan aku
Biar habis badanku dimamah rindu
Namun membiarkan ingatan ku luput
Dari mengenangmuItu sama sekali takkan ku lakukan
Habis apa lagi yang harusku hadapi'
Tuk memiliki jiwa sepertimu kasih
Dalam seribu tak bisa ku temuSejuta hanya satu
Mimpikah aku kali ini
Bukan semudahnya
Ku berkata cinta
Jika hati tak tersentuh
Bukan semudahnya
Melepaskan duniaJika jiwa mencipta tembok kepalsuan
Aduhai kasih! aduhaiSambutlah, sambut tangankuTak ingin hidup/terlepas dalam kekosonganAduhai kasih! aduhaiSambutlah, sambut cintakuTak ingin terlepasTak kesampaian

M. Nasir

M. Nasir
Ada
Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti keringJalan pulangYang kau fikirkan
Habis dilarikanHabis dilarikan mergastua
Dalam kecewaDihimpit rasa
Lapar dan dahagaSajian susu ikan merahSuara pengalamanMendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah
Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan
Dalam hutanAda taman
Dan dalam tamanAda puterinya
Dalam bajuAda cinta
Dan dalam cintaAda segala-galanya
Dalam awanAda hujan
Dan dalam hujanAda lautan
Dalam akuAda dia
Dan dalam diaAda kita ada semua

Monday, June 29, 2009

PUISI UNTUK NELAYAN

Impian Seorang Nelayan
Artist: M Nasir
Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombakLaut Cina Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimuPengorbanan yang kau lakukanAda balasannya
"Mega mendongLaut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

Thursday, June 25, 2009

MALAYSIA




Perlis
Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan kira-kira 810 km persegi. Ibu kota negeri Perlis ialah Kangar. Bandar-bandar yang lain ialah Chuping, Jejawi, Arau, Simpang Empat.
Perlis merupakan sebuah negeri yang tidak bersultan tetapi beraja. Ketua pentadbiran negeri Perlis dipanggil Menteri Besar.

Kedah

Kedah merupakan salah sebuah negeri yang bersultan. Keluasan negeri kira-kira 9426 km persegi dan mempunyai lebih daripada 9 daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Kulim, Bandar Baru, Sik, Pendang, Baling, Kuala Muda, Yan. Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi di Kedah manakala Pulau Langkawi merupakan pulau yang terbesar di Kedah.

Pulau Pinang

Pulau Pinang merupakan negeri yang ketiga kecil selepas Melaka di Malaysia. Keluasannya kira-kira 1031 km persegi. Pulau Pinang mempunyai 5 daerah iaitu Barat Daya, Timur Laut, Utara, Tengah dan Selatan. Ibu negeri ialah George Town. Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan sebagainya. Terdapat satu Lapangan Terbang Antarabangsa di Bayan Lepas.

Perak

Nama Perak diperolehi daripada warna timah iaitu perak. Perak mempunyai keluasan kira-kira 21,000 km persegi. Perak dibahagikan kepada 9 daerah iaitu Kerian, Grik, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang, Larut dan Matang, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah. Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di negeri Perak. Ibu negeri ialah Ipoh. Bandar diraja ialah Kuala Kangsar. Bandar-bandar lain adalah seperti Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut, Taiping dan sebagainya.

Selangor

Selangor seluas 7956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Selangor dibahagikan kepada Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan merupakan gabungan 9 buah negara yang kecil. Keluasan Negeri Sembilan kira-kira 6645 km persegi dan dibahagi kepada 7 daerah. Antaranya ialah Jelebu, Jempul, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban. Ibu kotanya ialah Seremban. Bandar-bandar yang lain adalah seperti Rembau, Kuala Pilah, Titi, Tampin dan Gemas. Persimpangan landasan kereta api timur barat Semenanjung Malaysia terletak di negeri itu iaitu Gemas.

Melaka

Negeri yang kedua kecil di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 1650 km persegi. Melaka dibahagikan kepada 3 daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Sungai Melaka merupakan sungai yang terpanjang di negeri tersebut. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400.

Johor

Negeri Johor pernah diduduki oleh negeri Melaka apabila Melaka dirampas oleh Portugis pada tahun 1511. Keluasan tanah negeri sebanyak 18,986 km persegi dan merupakan negeri yang kedua banyak penduduk. Johor dibahagikan kepada 8 daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Batu Pahat dan Muar. Ibu kotanya terletak di Johor Bahru.

Anak bulan dan bintang tanda Raja yang berdaulat. Warna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan Kerajaan Negeri.

Pahang

Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Sunyai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang terletaknya di Pahang. Luasnya kira-kira 35,965 km persegi. Ibu kotanya ialah Kuantan. Tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia iaitu Tasik Bera terletak di Pahang. Pahang dibahagikan kepada 9 daerah iaitu Tanah Tinggi Cameron, Temerloh, Raub, Bentong, Rompin, Kuala Pahang dan Kuantan.

Warna hitam malambangkan rakyat negeri tersebut. Warna putih melambangkan Raja.

Terengganu

12,955 km persegi tanahnya. Terbahagi kepada 7 daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Ibu kotanya di Kuala Terengganu.

Warna putih melambangkan sultan negeri tersebut. Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam.

Kelantan

14,943 km persegi luas tanahnya. Stesen terminal kereta api di timur Semenanjung Malaysia terletak di negeri tersebut iaitu Tumpat. 10 daerah telah dibahagikan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Kerai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang. Ibu kotanya di Kota Bharu. Sungai terpanjang di Kelantan ialah Sungai Kelantan.

Warna merah tanda kesetiaan rakyat negeri. Warna putih melambangkan kesucian Raja.

Sabah

73,710 kn persegi luasnya. Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu terletak di Sabah. Ibu kota terletak di Kota Kinabalu. Terbahagi kepada 5 daerah iaitu Kudat, Sandakan, Tawau, Pantai Barat dan Pedalaman.

Sarawak

Negeri yang terbesar di Malaysia. Luasnya kira-kira 131,598 km persegi. Sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Terbahadi kepada 9 daerah iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang. Ibu kotanya di Kuching.

Kuala Lumpur

Luasnya kira-kira 243 km persegi. Kuala Lumpur dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Merupakan Ibu Negara Malaysia.

14 jalur merah dan putih tanda 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam. Bintang melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Wednesday, June 24, 2009

PUISI

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.

Masing-masing dengan gunanya :

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul tabuh.

Bahasa berirama jenis runs ini digunakan dalam hikayat lama untuk menggambarkan kesetian rakyat kepada raja atau pemerintah. Selain itu, ia juga menggambarkan bahawa setiap individu dalam masyarakat mempunyai peranan masing-masing mengikut keupayaan dan kemampuan. Nilai gotong royong dan muafakat juga boleh dilihat apabila setiap individu melakukan tuga yang satu itu bersama-sama.

dipetik : Hikayat Awang Sulung Merah Muda

Custom Search