Tuesday, June 23, 2009

Kisah gagak yang kuno

Pada suatu petang yang amat panas, terbanglah seekor burung gagak yang cantek (cantik ker?) di suatu kawasan padang berdekatan dengan kawasan pelupusan sampah (gagak low class katekan).Dijadikanlah cerita oleh aku sendiri, terhauslah anak tekak burung gagak itu. Nasib si burung ni baik sebab dia terjumpa sebuah botol mineral berisi air. Tapi satu per empatlah pula air dalam botol tu.Motif cerita ini sama je ngan cerita kisah moral zaman dahulu kala, tapi tak sama u ol. Berusahalah si gagak itu nak minum air di dalam botol mineral tersebut. Tapi tak dapat juga ia minum. Kasihan kan. Oleh kerana tidak ingin mengambil risiko sakit perut menggunakan batu seperti nenek moyangnya di zaman dahulu kala, ia pun terbang dari botol itu.Ketika ia ingin mengepakkan sayapnya untuk terbang, mendarat la burung camar yang berhijrah dari Amerika ke botol mineral itu. Burung gagak itu hanya mampu tercengang menonton tingkahlaku si camar yang menguis sampah sambil mencapai suatu objek yang biasa di lihat gagak.Dengan selamba si camar menyedut air di dalam botol mineral itu dengan mengunakan penyedut minuman yang diperolehinya dalam timbunan sampah. Gagak hanya melopong dan meneguk air liur sahaja melihat tingkah si camar.Kunokan si gagak, mana ada orang guna batu lagi zaman sekarang ni kalau nak minum air. Orang gunalah penyedut sampah... oopppss tersyashul plak.. penyedut minumanla

No comments:

Custom Search